My Blog List

Thursday, December 4, 2014

GELARAN DATUK SERI KEPADA ANWAR IBRAHIM DITARIK BALIK OLEH SULTAN SELANGOR.



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Gelaran Datuk Seri yang dikurniakan oleh Y.A.M Sultan Selangor yang terdahulu telah pun di tarik balik oleh gara-gara krisis MB Selangor. Anwar Ibrahim dikatakan derhaka kepada Sultan Selangor dengan tidak mengendahkan titah Baginda yang mahukan lebih dari 1 nama dari setiap parti dibawah Pakatan Rakyat bagi mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang meletak jawatan sebagai MB Selangor dan juga mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor.


Saturday, April 27, 2013

JIKA PAKATAN MEMERINTAH MALAYSIA (BAHAGIAN 1)


  • TOL dihapuskan - Dianggarkan beribu-ribu pekerja TOL akan kehilangan pekerjaan,dan kerajaan ketika itu perlu membayar ganti rugi kepada syarikat konsesi TOL dan pada pekerja2 TOL yg terlibat,dianggarkan dalam berbillion ringgit dan jumlah pengangguran semakin meningkat daripada jumlah sekarang.
  • Pendidikan percuma - dianggarkan beberapa ratus ribu (mungkin berjuta) rakyat Malaysia akan berdaftar untuk belajar selepas ini dan kerajaan yg memerintah terpaksa membayar kepada setiap kolej dan universiti yang dianggarkan berbillion ringgit bagi kolej dan universiti tersebut menjalankan operasi,ini termasuk kos keperluan asas sampailah kepada gaji-gaji kakitangan kolej dan universiti tersebut.
  • Pemberian air percuma di seluruh Malaysia - Dengan pemberian air percuma,kerajaan harus menanggung kos operasi syarikat konsesi air ini termasuk kos penyelengaraan dan juga kos gaji pekerja syarikat konsesi air tersebut dan sumua ini dianggarkan berjuta ringgit (mungkin berbillion).Mungkin kos yang sedikit akan dikenakan kepada pengguna akan tetapi ianya tidak akan cukup untuk menampung kos-kos tersebut dalam masa jangka panjang.
  • Pengurangan harga minyak - Pengurangan harga minyak tidak mustahil untuk dilaksanakan akan tetapi kerajaan pemerintah haruslah membayar kos subsidi yang tinggi kepada syarikat-syarikat minyak lain di Malaysia selain daripada Petronas,ini kerana syarikat minyak lain seperti Shell,BHP dan ExonMobil bukanlah syarikat minyak dari Malaysia dan harga minyak-minyak dari syarikat tersebut semuanya berdasarkan harga minyak dunia,sebagai contoh jika harga minyak dunia naik,secara automatiknya harga minyak di Malaysia akan naik dan kerajaan harus membayar kepada syarikat minyak yang disebutkan tadi dalam ertikata lain subsidi bagi mengekalkan harga minyak yang rendah dan kerajaan pemerintah akan membelanjakan wang berbillion ringgit untuk jangka masa yang panjang.
  • Pengurangan harga kereta - Pengurangan harga kereta ini memang tidak mustahil untuk dilaksanakan,akan tetapi jika semua jenis kereta tidak kira kereta Nasional mahupun import,masalah lain seperti kesesakan lalu lintas pula yang akan timbul dan kerajaan pemerintah haruslah membuat mekanisme baru untuk menagani kesesekan jalan raya yang melampau terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
  • Penghapusan Cukai - Dengan penghapusan pelbagai jenis cukai ini bermakna pendapatan negara kita akan terjejas.Ini kerana kerajaan harus membayar kos keperluan asas dan kos penyelengaraan disemua jabatan-jabatan kerajaan termasuk juga gaji,bonus dan juga kenaikan gaji penjawat awam yang berkerja dengan kerajaan yang organisasi kerajaan itu tidak membuat sebarang keuntungan keuntungan.Dan dengan pengurangan cukai juga bermaksud segala prasarana dan kemudahan-kemudahan untuk rakyat serta negara akan terhad kerana kerajaan tidak mempunyai dana yang cukup untuk menampung kos prasarana dan kos kemudahan untuk rakyat.
  • Dengan penghapusan-penghapusan dan pengurangan-pengurangan yang bakal dilakukan jika Pakatan memerintah Malaysia,kerajaan Pakatan akan membelanjakan berbillion-billion ringgit (mungkin bertrillion-trillion ringgit) untuk melaksanakan perkara-perkara diatas,ini tidak termasuk pemberian bantuan yang lain daripada kerajaan kepada rakyat.
  • Persoalannya,bagaimanakah Pemimpin Pakatan boleh memperolehi keewangan yang cukup untuk menampung semua perkara-perkara yang disebutkan diatas tadi kerana sebahagian besar pendapatan negara telah dihapuskan?wang kerajaan tidak akan cukup jika semuanya bergantung kepada keuntungan Petronas sahaja.Kerajaan Pakatan boleh melaksanakan perkara diatas sekiranya DANA ASING DISALURKAN KEPADA MALAYSIA,jadi fikir-fikirkanlah..janganlah hanya mendengar dan terus percaya apa yang mereka janjikan..kita tolak pandangan politik kita dahulu,baca perkara diatas dan berfikirlah menggunakan akal fikiran dan bukan menggunakan emosi..kita sebagai rakyat harus mengkaji dan berfikir secara rasional dan logik,janganlah kerana marahkan nyamuk,kelambu habis dibakar,bukan kelambu je yang terbakar,nanti rumah dengan orang yang didalam rumah tu sekali yang rentung...

Sunday, April 21, 2013

SELAMAT BERJUANG!!




  • PENAMAAN CALON SUDAH PUN DIUMUMKAN DISELURUH NEGERI PADA SEMALAM BERSAMAAN DENGAN 20/04/2013.SENARAI CALON DARIPADA SEMUA PARTI POLITIK YANG BERTANDING ADALAH CALON YANG TERBAIK DARIPADA PARTI MASING-MASING.
  • PADA TAHUN INI,SAYA AKAN MEMBUAT LIPUTAN BAGI PARLIMEN DAN DUN SEPERTI BERIKUT :-
  1. PARLIMEN PANDAN (P100) YANG DITANDINGI OLEH GARY LIM CHIN YEE DARI PARTI BARISAN NASIONAL,RAFIZI RAMLI DARIPADA PARTI KEADILAN RAKYAT DAN SEORANG CALON BEBAS,ALLAN TAN.
  2. PARLIMEN CHERAS (P123) YANG DITANDINGI OLEH STEVE TEOH CHEE HOOI DARI PARTI BARISAN NASIONAL DAN TAN KOK WAI DARI DEMOCRATIC ACT PARTY.
  3. PARLIMEN BUKIT BINTANG (P120) YANG DITANDINGI OLEH FRANKIE GAN JOON ZIN DAN PENYANDANG KERUSI PARLIMEN TERSEBUT,FONG KUI LUN DARI DEMOCRATIC ACT PARTY.
  4. DUN CHEMPAKA (N21) YANG DITANDINGI OLEH CALON MUKA BARU DARIPADA BARISAN NASIONAL,MUHAMMAD FAIZAL SUFAR DAN PENYANDANG KERUSI TERSEBUT,ISKANDAR ABDUL SAMAD DARI PARTI ISLAM SE-MALAYSIA.
  • DAN DIHARAP SEMUA CALON DAN PENYOKONG PARTI YANG BERTANDING DAPAT BERKEMPEN DENGAN BERHEMAH DAN DIHARAP JUGA SEMUANYA BERJALAN LANCAR SEHINGGA HARI NAMA PEMENANG DIUMUMKAN.TERUSKAN BERJUANG KEPADA SEMUA CALON.

SEMOGA ALLAH MERESTUI DAN MEMBERI KEMENANGAN KEPADA CALON BARISAN NASIONAL DAN   SEMOGA RAKYAT MEMBERI MANDAT KEPADA BARISAN NASIONAL UNTUK MENERAJUI NEGARA KITA YANG TERCINTA INI.

YAKINI ALLAH!!SAYANGI MALAYSIA!!TEKADKAN UNDI ANDA!!UNDILAH BARISAN NASIONAL!!



Thursday, April 4, 2013

JANGAN CAKAP BANYAK!!!




  • NAIB PRESIDEN PAS,MAHFUZ "MR.BEAN" OMAR DALAM KENYATAAN MEDIANYA HARI INI MEMINTA KERAJAAN SEMENTARA YANG ADA SEKARANG INI SUPAYA MEMATUHI 11 PERKARA IAITU :
  • Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar bagi Kerajaan Sementara adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day to day sesebuah kerajaan;
  •  Turun berkempen dalam Pilihanraya kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar
  •  Tidak menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi
  •  Tidak membuat sebarang pengumuman atau pelancaran sebarang projek atau inisiatif kerajaan;
  • Tidak memasuki atau menandantangi sebarang perjanjian baru terutamanya yang melibatkan projek-projek besar serta implikasi kewangan kepada kerajaan.
  •  Tidak membuat sebarang pengumuman atau pemberian apa jua bentuk bantuan atau peruntukan wang kerajaan samada dalam bentuk wang tunai, geran, bonus atau pemberian barangan;
  • Tidak membuat sebarang pelantikan, pertukaran atau rombakan dalam apa jua organisasi yang kerajaan berkuasa ke atasnya;
  • Tidak menganjurkan apa jua bentuk himpunan, aktiviti atau apa jua program yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang ramai melalui kementerian, jabatan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan yang dilihat sebagai cubaan untuk berkempen dan menanamkan dakyah politik;
  • Tidak menggunakan jawatan untuk menggugut atau mengindoktrinasi rakyat, khususnya kakitangan kerajaan atau pelajar-pelajarjar IPT bagi mendapatkan undi mereka;
  • Tidak menjadikan premis, pejabat atau bangunan milik kerajaan sebagai markas parti.
  • Memastikan media massa milik kerajaan memberikan liputan yang seimbang dan adil kepada semua parti-parti yang bertanding.
  • AGAKNYA,SIAPA MAHFUZ "MR.BEAN" OMAR INI?SIAPA DIA DENGAN SESUKA HATI MAHU ORANG IKUT CAKAP DIA?SAYA INGIN MENYERU KEPADA PUAK-PUAK PAKATAN INI,JANGAN BANYAKKAN BUAT ATAU BERCAKAP BENDA MENGARUT,CEPAT BUBARKAN DUN DI NEGERI YANG DIPERINTAH PAKATAN PEMBANGKANG,TAK PERLU CAKAP BANYAK.KAMI RAKYAT MALAYSIA TAK SABAR MAHU LIHAT PAKATAN YANG MENGGUNAKAN NAMA RAKYAT INI KALAH.

Saturday, August 18, 2012



  • ASSALAMUALAIKUM BUAT PEMBACA BLOG SEKALIAN,DISINI SAYA INGIN MEMINTA MAAF SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA DAN MUNGKIN ADA POSTING-POSTING YANG MENYINGGUNG PERASAAN ORANG LAIN SERTA SALAH DAN SILAP YANG TELAH SAYA LAKUKAN.DENGAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN,SEMOGA ALLAH S.W.T MERAHMATI HARI RAYA KALI INI UNTUK KTA SEMUA.

Monday, August 13, 2012

PEMIMPIN UMNO,TOLONG PANDANG SERIUS!!


  • HARI INI SAYA MENDAPAT BERITA MENGENAI BEBERAPA AHLI PARLIMEN SERTA ADUN UMNO DAN BARISAN NASIONAL SABAH AKAN MELOMPAT PARTI MENYERTAI PAKATAN PEMBANGKANG DI SABAH.DI SABAH,MAJORITI AHLI PARLIMEN DAN ADUN ADALAH DARIPADA BARISAN NASIONAL.
  • HAL INI AMAT MERISAUKAN WALAUPUN MUNGKIN IANYA SEKADAR KHABAR ANGIN SAHAJA.WALAU APA PUN,KEPIMPINAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL PUSAT SERTA SABAH TIDAK PATUT MEMANDANG RINGAN HAL INI KERANA SABAH ADALAH "SIMPANAN TETAP" KEPADA UMNO SERTA BARISAN NASIONAL.
  • HAL-HAL YANG TERTUNGGAK SERTA KETIDAK PUASAN HATI AHLI PARLIMEN SERTA ADUN UMNO/BARISAN NASIONAL SABAH TIDAK BOLEH DIPANDANG RINGAN DAN HARUS DISELESAIKAN DENGAN KADAR SEGERA OLEH KEPIMPINAN UMNO/BARISAN NASIONAL PUSAT SERTA KEPIMPINAN DI SABAH.
  • DIHARAP SEMUA PEMIMPIN UMNO/BARISAN NASIONAL PUSAT DAN DI SABAH BERGANDING BAHU BAGI MENYELESAIKAN SEGALA KEMELUT YANG MELANDA AHLI-AHLI PARLIMEN SERTA ADUN-ADUN DI SABAH DAN TIDAK MEMBIARKAN PAKATAN PEMBANGKANG  TERUS "MEMANCING" AHLI-AHLI PARLIMEN DAN ADUN-ADUN DI SABAH DARIPADA MELOMPAT PARTI DAN SEKALIGUS MEMATIKAN PELUANG PAKATAN PEMBANGKANG UNTUK MENGUASAI SABAH.

Tuesday, July 31, 2012

STATUS DATUK LAJIM UKIN



Yang Di Pertuan Agong perkenan batal pelantikan Datuk Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri  Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuat-kuasa serta merta.

Sunday, July 29, 2012

JANGAN PANDANG RINGAN!



KECOOHH!!! Hari ini,baik diblog-blog mahupun di facebook pro Barisan Nasional mahu pun pro Pakatan Pembangkang sibuk dan kecoh hal Datuk Lajim Ukin yang telah meletakkan jawatan didalam UMNO dan menubuhkan sebuah parti politik baru diberi nama Pakatan Perubahan Sabah.Sementara itu,Datuk Lajim Ukin adalah timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan dan juga merupakan ahli majlis tertinggi UMNO Sabah,beliau sudah lama didalam UMNO dan politik Sabah.


Ada ura-ura mengatakan yang beliau mengambil keputusan untuk keluar dari politik UMNO kerana beliau tidak berpuas hati dengan ketua menteri sabah,Datuk Seri Musa Aman yang dilihat tidak mempedulikan beliau dan parlimen Beaufort kerana disebabkan orang yang bernama Datuk Azizah.


Sebagai timbalan menteri dan juga sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO,tindakkan Datuk Lajim Ukin ini boleh dikatakan berani kerana beliau sudah mempunyai jawatan dan kedudukan yang boleh dikatakan kukuh didalam kerajaan,UMNO dan Barisan Nasional Sabah tapi kenapakah beliau begitu berani membuat keputusan sedemikian yang beliau memang maklum bahawa survival politik beliau akan hancur jatuh tersungkur dengan tindakkan yang beliau sendiri ambil?Adakah ini adalah agenda 16 september yang dicanang Datuk Seri Anwar yang dah mula nak menjadi?Walaupun ada segelintir manusia berkata "lantak la dia nak keluar UMNO,Sabah tetap fixed deposit Barisan Nasional dan rakyat sabah akan sokong kerajaan".


Ingin saya maklumkan disini,Datuk Lajim Ukin mempunyai pengaruh di Sabah lebih-lebih lagi dikawasan Beufort dan mengikut rekod pilihanraya umum yang lepas,Datuk Lajim Ukin tidak pernah tewas dengan pencabar beliau malahan majoriti undi yang diraih beliau jauh meninggalkan pencabar beliau.Untuk UMNO mempertahankan kerusi parlimen Beaufort amatlah tipis sekali dan mungkin juga akan kehilangan kerusi tersebut.Perihal Datuk Lajim Ukin ini janganlah dipandang ringan ini kerana ada ura-ura juga mengatakan beberapa kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional Sabah akan mengikut jejak langkah Datuk Lajim Ukin dan menyertai parti baru beliau.


Kepada kepimpinan Kerajaan,UMNO dan Barisan Nasional Sabah,jangan pandang ringan perkara ini dan janganlah disebabkan ingin membalas jasa seorang individu,individu lain yang kena tempiasnya.


KENANGAN DATUK LAJIM UKIN BERSAMA UMNO DAN KERAJAAN :http://mpbeaufort.blogspot.com/2011_06_01_archive.html

Saturday, July 28, 2012

PRU-13 SEKARANG??


Hari ini,Tian Chua (PKR) dan Tan Seng Giew mencabar Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Najib untuk mengadakan Pilhanraya Umum 13 dalam masa terdekat jika Dato Seri Najib yakin dengan pengundi-pengundi cina yg dikatakan semakin condong sokongannya kepada Dato Seri Najib.


Pandagan ini disuarakan oleh wakil PKR dan DAP itu kerana mereka merujuk kepada kajian dari Merdeka Centre yang menunjukkan melalui kajian mereka bahawa masyarakat cina menyokong pentadbiran serta usaha-usaha yang dilakukan oleh Dato Seri Najib Tun Razak dan sokongan ini melonjak sehingga 40 peratus baru-baru ini.Pada pendapat saya,kita tidak perlu membuat sesuatu keputusan berdasarkan sesuatu kajian sahaja lebih-lebih lagi kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre.


Bagi saya,kepimpinan Barisan Nasional yang diterajui oleh Dato Seri Najib masih ada kelemahan dan perlu diperbaiki lebih-lebih lagi didalam komponen Barisan Nasional itu sendiri.Dan dari pandangan saya juga,kajian Merdeka Centre tidak boleh dijadikan kayu pengukur kepada tahap kekuatan serta sokongan yang diterima oleh Dato Seri Najib serta Barisan Nasional ini kerana "orang-orang" didalam Merdeka Centre sendiri dilihat lebih menjurus kepada pembangkang dan mungkin juga Merdeka Centre ini adalah ejen pakatan pembangkang yang berselindung disebalik nama Merdeka Centre untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Najib.

Walau apa pun,diharap seluruh jentera Barisan Nasional dan komponen-komponennya diharap menjalankan tugas dengan lebih baik untuk rakyat dan memperbaiki segala kelemahan yang sedia ada sekarang,janganlah harapkan Dato Seri Najib sahaja untuk buat semuanya.

KEMBALI LAGI!!!!





  • Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Sudah lebih kurang setahun saya tidak menulis diblog ini,sudah lama tidak menaip dipapan kekunci ini dengan cerita-cerita politik,tapi hari ini saya rasa terpanggil untuk menulis kembali mengenai hal-hal politik di negara kita,Malaysia.
  • Mintak maaf sekiranya post saya kali ini (setelah berehat lama) kurang menyegat seperti post-post yang lepas dan diharap anda semua sudilah mambaca blog saya ini.InsyAllah saya bersama-sama rakan yang lain akan berjuang di alam maya (dan juga alam nyata) ini selagi kami mampu demi mempertahankan AGAMA,BANGSA DAN NEGARA. -Mohd Afdzal.

Monday, May 9, 2011

TOLONGLAH BERHENTI!!SAYA MERAYU!!!

  • ISU AGAMA KRISTIAN GANTI AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DI MALAYSIA NI SEMAKIN HANGAT.RAMAI YANG BAGI SPEKULASI YANG BERBAGAI-BAGAI,SAMPAI SAYA SENDIRI TERTANYA-TANYA ADAKAH BETUL GERAKKAN INI AKAN BERLAKU.SEMUA SUDAH MAKLUM IAITU ISU AGAMA ADALAH SANGAT SENSITIF,SANGAT-SANGAT SENSITIF DAN KITA SEBAGAI RAKYAT JANGANLAH MEMBERI SPEKULASI YANG MACAM-MACAM.

  • PERDANA MENTERI DATO SERI NAJIB PUN DAH PESAN,JANGAN BUAT ADAIAN YANG MACAM-MACAM SELAGI TIDAK ADA BUKTI.SAYA MINTA TOLONG KEPADA BLOGGER-BLOGGER,PENYOKONG-PENYOKONG SERTA AHLI-AHLI UMNO DAN JUGA RAKYAT MALAYSIA YANG SAYANGKAN NEGARA KITA SUPAYA BERHENTI MEMBERI SEBARANG ADAIAN DAN SPEKULASI SELAGI TIDAK ADA BUKTI YANG KUKUH,KITA TIDAK BOLEH CEPAT MELATAH,KITA TIDAK BOLEH TUDUH MELULU KERANA DALAM ISLAM TIDAK DIAJAR BEGITU.

  • KALAU BETUL LAH ADA GERAKKAN YANG SEPERTI ITU,BUKAN AGAMA KRISTIAN YANG KITA HARUS SALAHKAN,TETAPI MANUSIA YANG MENIMBULKAN ISU DAN IDEA ITU,TIDAK ADA DIDALAM SETIAP AGAMA TIDAK KIRA ISLAM,KRISTIAN,BUDHHA ATAUPUN HINDU YANG MENGAJAR UMATNYA BUAT SESUATU YANG BOLEH MEMECAH BELAHKAN UMAT MANUSIA.

  • JADI SAYA MERAYU SEKALI LAGI,SAYA MERAYU SANGAT-SANGAT SUPAYA JANGANLAH KITA MENGELUARKAN ATAU MEMAINKAN ISU INI,KITA TIDAK DAPAT KEUNTUNGAN MALAH KERUGIAN KERANA DENGAN MEMAINKAN ISU INI MUNGKIN AKAN BERLAKU PERBALAHAN ANTARA AGAMA DAN INI AMAT MERUGIKAN KITA SEBAGAI RAKYAT,INI HANYA TAKTIK PEMBANGKANG (D.A.P),JANGAN KITA TERPEDAYA.

  • INI HANYA TAKTIK JAHAT PEMBANGKANG YANG MAHU MERAIH SOKONGAN SEHINGGA SANGGUP MEMAINKAN ISU AGAMA.PIHAK PEMBANGKANG (D.A.P) MEMAINKAN ISU AGAMA INI HANYA MAHU TENGOK REAKSI PEMIMPIN-PEMIMPIN SERTA PARA PENYOKONG KERAJAAN YANG BERAGAMA ISLAM TERUTAMANYA DARI UMNO DAN BILA ADA REAKSI YANG AGAK "TERLEBIH" DARI PEMIMPIN SERTA PENYOKONG-PENYOKONG UMNO DAN KERAJAAN,JADI MEREKA (PEMBANGKANG D.A.P) AKAN PUSING CAKAP LAGI DAN TANAM PERSEPSI NEGATIF KERAJAAN KEPADA RAKYAT DAN UMAT ISLAM SELURUHNYA.JANGANLAH KITA TERPEDAYA DENGAN PEMBANGKANG (D.A.P) INI.

  • JADI,SAYA BUAT KETIGA KALINYA MERAYU KEPADA SAUDARA-SAUDARA SAYA,JANGANLAH KITA MEMAINKAN ISU INI DIDALAM BLOG ATAU DIMANA-MANA SAJA KERANA SAYA TIDAK SANGGUP MELIHAT NEGARA KITA YANG SELAMA INI AMAN DAMAI AKAN MENJADI KUCAR-KACIR,BERFIKIR LAH SECARA WARAS DAN DEMI KEPENTINGAN NEGARA.

Sunday, May 8, 2011

JANGAN CEPAT MELATAH!!!





  • JANGAN CEPAT MELATAH!!! PERKATAAN TU HARUS DITERAPKAN OLEH SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA NI,TIDAK KIRA AGAMA DAN BANGSA.SEJAK PAKATAN PEMBANGKANG BERJAYA MENGURANGKAN MAJORITI PARLIMEN DAN MERAMPAS BEBERAPA BUAH NEGERI YANG DITADBIR OLEH BARISAN NASIONAL,BANYAK ISU-ISU YANG SENSITIF DI BANGKIT DAN YANG TERBARU,MENGENAI D.A.P MAHU MENJADIKAN AGAMA KRISTIAN MENGANTIKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DI MALAYSIA INI.



  • BILA TERSEBAR SAHAJA BERITA YANG MENGATAKAN ADA PIHAK YANG CUBA MEMULAKAN GERAKKAN YANG MAHU AGAMA KRISTIAN MENGANTIKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI,ADA GOLONGAN-GOLONGAN YANG "CEPAT SANGAT MELATAH" TERDIRI DARI UMAT ISLAM NI MENGUTUK DAN MENGELUARKAN KATA-KATA YANG TIDAK SEDAP DIDENGAR KEPADA PENGANUT AGAMA KRISTIAN.




  • KITA SEBAGAI UMAT ISLAM DI MALAYSIA NI,TAK BOLEH LA MELATAH CEPAT SANGAT,KITA HARUS BERFIKIR SECARA WARAS,KITA TIDAK BOLEH MENGUTUK AGAMA LAIN SESUKA HATI,INI BUKAN SALAH AGAMA,INI ADALAH MANUSIA YANG MAHU MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI SEPERTI D.A.P DAN ORANG-ORANG SEPERTI INI HARUS KITA TOLAK.KITA SEMUA TAHU,ORANG KRISTIAN MANA YANG TAK SUKA BILA AGAMA MEREKA JADI AGAMA RASMI LEBIH-LEBIH LAGI DI NEGARA YANG MAJORITINYA AGAMA LAIN,SEBAB ITU D.A.P MENGGUNAKAN TAKTIK INI UNTUK MERAIH SOKONGAN.SAMA SEPERTI P.A.S YANG MENJANJIKAN NEGARA 100% ISLAM BILA MEREKA MEMERINTAH NEGARA TAPI KITA SEMUA TAHU YANG PERKARA ITU TAK MUNGKIN AKAN BERLAKU.



  • KALAU MELAYU/ISLAM KITA ADA P.A.S DAN P.K.R,DALAM KRISTIAN KITA ADA D.A.P.MEREKA INILAH YANG MEMECAHKAN PERPADUAN KITA SELAMA INI.MEREKA INILAH YANG SELALU SANGAT MEMAINKAN ISU-ISU YANG SENSITIF.INI BUKAN SALAH AGAMA,TAPI SALAH MANUSIA ITU SENDIRI YANG SANGGUP MEMPERMAINKAN AGAMA DEMI KEPENTINGAN POLITIK DAN DIRI SENDIRI.



  • KEPADA PENGANUT AGAMA KRISTIAN DI MALAYSIA,JANGAN TERPEDAYA DENGAN TAKTIK D.A.P,ANDA SEMUA TAHU UNTUK MENJADIKAN AGAMA ANDA SEBAGAI AGAMA RASMI  DI MALAYSIA INI AGAK MUSTAHIL UNTUK MENJADI KENYATAAN,IANNYA UMPAMA MAHU MENJADIKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DI UNITED STATES.SAYA BERKATA UNTUK AGAK MUSTAHIL PERKARA ITU AKAN BERLAKU ADALAH KERANA MAHU MENUKAR SESUATU PERKARA YANG MELIBATKAN PELEMBANGAAN PERLU MENJALANI TENTANGAN SERTA PROSES-PROSES YANG CUKUP RUMIT.DAN KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA PULA,JANGAN DAN BERHENTILAH DARI MENGUTUK AGAMA LAIN TAK KIRA LAH KRISTIAN,HINDU ATAUPUN BUDHHA.JANGAN MELATAH TAK TENTU PASAL.

Sunday, May 1, 2011

MEMALUKAN!!!!





VIDEO CLIP DIATAS INI TELAH MENYEMARAKKAN SEMANGAT AKU UNTUK MENULIS TENTANG POLITIK LAGI,SETELAH SEKIAN LAMA BEREHAT DARI POLITIK DAN KALI INI AKU TERPANGGIL UNTUK MENULIS BALIK SOAL POLITIK.SEMUA ORANG MAKLUM TENTANG VIDEO DIATAS NI,VIDEO INI MENUNJUKKAN KEKCOHAN YANG DILAKUKAN OLEH PENYOKONG-PENYOKONG PAKATAN PEMBANGKANG (P.K.R DAN PAS..D.A.P TEPUK TANGAN JE TENGOK DARI LUAR).

KEJADIAN DAN KEKECOHAN YANG TERJADI DI MASJID AMRU AL-NAS BANDAR BARU SENTUL AMAT-AMATLAH MEMALUKAN UMAT ISLAM BUKAN SAHAJA DI MALAYSIA,BAHKAN UMAT ISLAM MALAYSIA DI LUAR NEGARA JUGA.


  • PERNAHKAH SAUDARA/SAUDARI TENGOK KEJADIAN SEUMPAMA INI BERLAKU DI KALANGAN PENGIKUT-PENGIKUT AGAMA LAIN DI MALAYSIA NI?



  • PERNAHKAH SAUDARA/SAUDARI DENGAR ATAU LIHAT KEKECOHAN YANG SEPERTI INI BERLAKU DI RUMAH-RUMAH IBADAT AGAMA LAIN CONTOHNYA DI GEREJA DAN KUIL?



  • PERNAH SAUDARA/SAUDARI  DENGAR DAN LIHAT ORANG YANG TERPEKIK-PEKIK MENENTANG ORANG YANG SEAGAMA DENGANNYA DI DALAM  GEREJA ATAU KUIL?ADAKAH SAUDARA/SAUDARI MELIHAT  2 ORANG PADERI DAN 2 ORANG SAMI "MENGIMAMKAN" JEMAAH MEREKA DALAM SATU MASA?


SAYA SEBAGAI UMAT ISLAM AMATLAH MALU KERANA KEJADIAN SEPERTI INI BERLAKU DIANTARA UMAT ISLAM TERUTAMA IANYA BERLAKU DI MASJID DIMANA UMAT ISLAM  BERSEMBAHYANG MEMINTA KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN ALLAH S.W.T.DIHARAP PERKARA INI TIDAK AKAN BERULANG KERANA INI AMATLAH MEMALUKAN...BUKAN SAJA SAYA,TAPI SELURUH UMAT ISLAM.


P/S: JANGAN TERKEJUT JIKA ADA ORANG ISLAM YANG TAK NAK MENGAKU DIRINYA ISLAM ATAU MENUKAR AGAMANYA SEBAB MALU DENGAN LAGAK SESETENGAH PARA PENGANUT AGAMANYA...

Saturday, November 6, 2010

KITA BERJAYA!!

  • SYUKUR ALHAMDULILLAH BARISAN NASIONAL MENANG DI KEDUA-DUA PILIHANRAYA KECIL BARU-BARU INI.CALON BARISAN NASIONAL DI GALAS ABDUL AZIZ MENEWASKAN CALON PAS DR ZULKIFLI DENGAN MAJORITI UNDI SEBANYAK 1190 DAN CALON BARISAN NASIONAL BATU SAPI,DATIN LIN TSEN THAU LIN MENEWASKAN CALON PKR,ANSARI ABDULLAH DAN CALON SAPP YONG TECK LEE DENGAN MAJORITI UNDI 6359.

  • INI ADALAH PETANDA RAKYAT DENGAN SUDAH MUAK DENGAN PENIPUAN PEMBANGKANG YANG KONONNYA INGIN MENJADI JUARA RAKYAT TAPI HAKIKATNYA MEREKA MENINDAS RAKYAT DI NEGERI-NEGERI YANG DIPERINTAH MEREKA.

  • DAN KEJAYAAN BARISAN NASIONAL DI KEDUA-DUA PILIHANRAYA KECIL INI ADALAH DI SEBABKAN KERJA KUAT JENTERA-JENTERA PARTI YANG BERGERAK DAN MENYAPAIKAN MAKLUMAT DENGAN BERKESAN SEKALI SEKALIGUS SEGALA RANCANGAN PEMBANGKANG YANG INGIN MENANAMKAN RASA BENCI RAKYAT KEPADA KERAJAAN GAGAL SAMA-SEKALI.

  • DAN DIHARAP KEPADA KEDUA-DUA CALON BARISAN NASIONAL YANG BARU BERGELAR YB HENDAKLAH MENJALANKAN TUGAS DENGAN CEKAP DAN AMANAH DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT.SYUKUR ALHAMDULILLAH SEKALI KERANA DENGAN IZIN DAN KEBERKATAN ALLAH S.W.T SERTA KERJA KUAT JENTERA-JENTERA PARTI,BARISAN NASIONAL MENANG PILIHANRAYA KECIL KALI INI.GOOD JOB....

Tuesday, October 26, 2010

BARISAN NASIONAL BOLEH!!

  • HARI PENAMAAN CALON DAN PEMBUANGAN UNDI PRK DUN GALAS DAN PARLIMEN BATU SAPI AKAN TIBA TIDAK LAMA LAGI.DIHARAP RAKYAT-RAKYAT DI KELANTAN AKAN MENGUNDI CALON BARISAN NASIONAL,ABDUL AZIZ YUSOFF DAN MEMASTIKAN KEMENANGAN CALON BARISAN NASIONAL DAN BAGI DI PARLIMEN BATU SAPI PULA,HARAP-HARAP CALON BARISAN NASIONAL,DATIN LINDA TSEN THAU LIN IAITU ISTERI MENDIANG DATUK EDMUND CHONG AKAN DAPAT MEMPERTAHANKAN KERUSI PARLIMEN BATU SAPI DAN KALI INI KALAU BOLEH MEMPEROLEHI MAJORITI YANG LAGI BESAR.

           TEKADKAN UNDI ANDA...
      UNDILAH BARISAN NASIONAL!!

Tuesday, September 28, 2010

AL-FATIHAH....


  • TAKZIAH DIUCAPKAN KEPADA KELUARGA ADUN GALAS (PAS) CHE HASHIM SULAIMAN YANG MENINGGAL DUNIA PADA PETANG TADI.CHE HASHIM SULAIMAN TELAH MENANG PADA PILIHARAYA KE 12 2008 DENGAN MENGALAHKAN CALON DARI BARISAN NASIONAL DENGAN MAJORITI UNDI 646.

  • BELIAU MENINGGAL DUNIA AKIBAT MENGIDAP KANSER USUS SETELAH DI RAWAT DI HOSPITAL PAKAR KAMPUNG BARU,KUALA LUMPUR.DENGAN KEKOSONGAN KERUSI DUN GALAS INI,MAKA AKAN BERLANGSUNG SATU LAGI PILIHARAYA KECIL DAN IANYA HANGAT DAN SENGIT,SAMA-SAMALAH KITA NANTIKAN.....

Sunday, September 26, 2010

DALAM PEMILIHAN PKR PUN ADA RASUAH??!!!

  • PEMILIHAN PARTI KEADILAN RAKYAT A.K.A PARTI KENCING RAKYAT AKAN BERLANGSUNG PADA 29 OCTOBER 2010 KIRA-KIRA 3 HARI LAGI.SEMUA ORANG TAHU ADA PERTANDINGAN YANG SENGIT UNTUK KERUSI TIMBALAN PRESIDEN P.K.R YANG SEKARANG INI DI SANDANG OLEH DR DATUK SYED HUSIN ALI YANG MENGUMUMKAN TIDAK AKAN MEMPERTAHANKAN JAWATANNYA ITU PADA PEMILHAN PARTI ITU NANTI.

  • PADA MULANYA AZMIN ALI DI KATAKAN BERTANDING JAWATAN ITU,TUP-TUP ZAID IBRAHIM PUN MAHU BERTANDING JUGA,DAN INI MENJADIKAN PERTANDINGAN 2 PENJURU BAGI KERUSI TIMBALAN PRESIDEN PARTI ITU SETAKAT INI.

  • DALAM PERTANDINGAN YANG SENGIT INI,TIDAK MUSTAHIL AKAN WUJUDNYA POLITIK WANG SEMASA PEMILIHAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN P.K.R ITU BERLANGSUNG,INI KERANA MASING-MASING MAHU MENANG DAN ORANG YANG MAHU MENANG JAWATAN INI SANGGUP BERBUAT APA SAHAJA ASALKAN DIA MENANG JAWATAN ITU DAN PERKARA INI ADALAH TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU.

  • AKAN TETAPI MACAM BIASA,P.K.R TETAP TIDAK AKAN MENGAKU JIKA WUJUDNYA POLITIK WANG DALAM PEMILIHAN PARTI MEREKA.SAMA-SAMA KITA TUNGGU DAN LIHAT....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails