My Blog List

Saturday, July 28, 2012

PRU-13 SEKARANG??


Hari ini,Tian Chua (PKR) dan Tan Seng Giew mencabar Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Najib untuk mengadakan Pilhanraya Umum 13 dalam masa terdekat jika Dato Seri Najib yakin dengan pengundi-pengundi cina yg dikatakan semakin condong sokongannya kepada Dato Seri Najib.


Pandagan ini disuarakan oleh wakil PKR dan DAP itu kerana mereka merujuk kepada kajian dari Merdeka Centre yang menunjukkan melalui kajian mereka bahawa masyarakat cina menyokong pentadbiran serta usaha-usaha yang dilakukan oleh Dato Seri Najib Tun Razak dan sokongan ini melonjak sehingga 40 peratus baru-baru ini.Pada pendapat saya,kita tidak perlu membuat sesuatu keputusan berdasarkan sesuatu kajian sahaja lebih-lebih lagi kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre.


Bagi saya,kepimpinan Barisan Nasional yang diterajui oleh Dato Seri Najib masih ada kelemahan dan perlu diperbaiki lebih-lebih lagi didalam komponen Barisan Nasional itu sendiri.Dan dari pandangan saya juga,kajian Merdeka Centre tidak boleh dijadikan kayu pengukur kepada tahap kekuatan serta sokongan yang diterima oleh Dato Seri Najib serta Barisan Nasional ini kerana "orang-orang" didalam Merdeka Centre sendiri dilihat lebih menjurus kepada pembangkang dan mungkin juga Merdeka Centre ini adalah ejen pakatan pembangkang yang berselindung disebalik nama Merdeka Centre untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Najib.

Walau apa pun,diharap seluruh jentera Barisan Nasional dan komponen-komponennya diharap menjalankan tugas dengan lebih baik untuk rakyat dan memperbaiki segala kelemahan yang sedia ada sekarang,janganlah harapkan Dato Seri Najib sahaja untuk buat semuanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails