My Blog List

Saturday, April 27, 2013

JIKA PAKATAN MEMERINTAH MALAYSIA (BAHAGIAN 1)


  • TOL dihapuskan - Dianggarkan beribu-ribu pekerja TOL akan kehilangan pekerjaan,dan kerajaan ketika itu perlu membayar ganti rugi kepada syarikat konsesi TOL dan pada pekerja2 TOL yg terlibat,dianggarkan dalam berbillion ringgit dan jumlah pengangguran semakin meningkat daripada jumlah sekarang.
  • Pendidikan percuma - dianggarkan beberapa ratus ribu (mungkin berjuta) rakyat Malaysia akan berdaftar untuk belajar selepas ini dan kerajaan yg memerintah terpaksa membayar kepada setiap kolej dan universiti yang dianggarkan berbillion ringgit bagi kolej dan universiti tersebut menjalankan operasi,ini termasuk kos keperluan asas sampailah kepada gaji-gaji kakitangan kolej dan universiti tersebut.
  • Pemberian air percuma di seluruh Malaysia - Dengan pemberian air percuma,kerajaan harus menanggung kos operasi syarikat konsesi air ini termasuk kos penyelengaraan dan juga kos gaji pekerja syarikat konsesi air tersebut dan sumua ini dianggarkan berjuta ringgit (mungkin berbillion).Mungkin kos yang sedikit akan dikenakan kepada pengguna akan tetapi ianya tidak akan cukup untuk menampung kos-kos tersebut dalam masa jangka panjang.
  • Pengurangan harga minyak - Pengurangan harga minyak tidak mustahil untuk dilaksanakan akan tetapi kerajaan pemerintah haruslah membayar kos subsidi yang tinggi kepada syarikat-syarikat minyak lain di Malaysia selain daripada Petronas,ini kerana syarikat minyak lain seperti Shell,BHP dan ExonMobil bukanlah syarikat minyak dari Malaysia dan harga minyak-minyak dari syarikat tersebut semuanya berdasarkan harga minyak dunia,sebagai contoh jika harga minyak dunia naik,secara automatiknya harga minyak di Malaysia akan naik dan kerajaan harus membayar kepada syarikat minyak yang disebutkan tadi dalam ertikata lain subsidi bagi mengekalkan harga minyak yang rendah dan kerajaan pemerintah akan membelanjakan wang berbillion ringgit untuk jangka masa yang panjang.
  • Pengurangan harga kereta - Pengurangan harga kereta ini memang tidak mustahil untuk dilaksanakan,akan tetapi jika semua jenis kereta tidak kira kereta Nasional mahupun import,masalah lain seperti kesesakan lalu lintas pula yang akan timbul dan kerajaan pemerintah haruslah membuat mekanisme baru untuk menagani kesesekan jalan raya yang melampau terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
  • Penghapusan Cukai - Dengan penghapusan pelbagai jenis cukai ini bermakna pendapatan negara kita akan terjejas.Ini kerana kerajaan harus membayar kos keperluan asas dan kos penyelengaraan disemua jabatan-jabatan kerajaan termasuk juga gaji,bonus dan juga kenaikan gaji penjawat awam yang berkerja dengan kerajaan yang organisasi kerajaan itu tidak membuat sebarang keuntungan keuntungan.Dan dengan pengurangan cukai juga bermaksud segala prasarana dan kemudahan-kemudahan untuk rakyat serta negara akan terhad kerana kerajaan tidak mempunyai dana yang cukup untuk menampung kos prasarana dan kos kemudahan untuk rakyat.
  • Dengan penghapusan-penghapusan dan pengurangan-pengurangan yang bakal dilakukan jika Pakatan memerintah Malaysia,kerajaan Pakatan akan membelanjakan berbillion-billion ringgit (mungkin bertrillion-trillion ringgit) untuk melaksanakan perkara-perkara diatas,ini tidak termasuk pemberian bantuan yang lain daripada kerajaan kepada rakyat.
  • Persoalannya,bagaimanakah Pemimpin Pakatan boleh memperolehi keewangan yang cukup untuk menampung semua perkara-perkara yang disebutkan diatas tadi kerana sebahagian besar pendapatan negara telah dihapuskan?wang kerajaan tidak akan cukup jika semuanya bergantung kepada keuntungan Petronas sahaja.Kerajaan Pakatan boleh melaksanakan perkara diatas sekiranya DANA ASING DISALURKAN KEPADA MALAYSIA,jadi fikir-fikirkanlah..janganlah hanya mendengar dan terus percaya apa yang mereka janjikan..kita tolak pandangan politik kita dahulu,baca perkara diatas dan berfikirlah menggunakan akal fikiran dan bukan menggunakan emosi..kita sebagai rakyat harus mengkaji dan berfikir secara rasional dan logik,janganlah kerana marahkan nyamuk,kelambu habis dibakar,bukan kelambu je yang terbakar,nanti rumah dengan orang yang didalam rumah tu sekali yang rentung...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails