My Blog List

Sunday, July 29, 2012

JANGAN PANDANG RINGAN!



KECOOHH!!! Hari ini,baik diblog-blog mahupun di facebook pro Barisan Nasional mahu pun pro Pakatan Pembangkang sibuk dan kecoh hal Datuk Lajim Ukin yang telah meletakkan jawatan didalam UMNO dan menubuhkan sebuah parti politik baru diberi nama Pakatan Perubahan Sabah.Sementara itu,Datuk Lajim Ukin adalah timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan dan juga merupakan ahli majlis tertinggi UMNO Sabah,beliau sudah lama didalam UMNO dan politik Sabah.


Ada ura-ura mengatakan yang beliau mengambil keputusan untuk keluar dari politik UMNO kerana beliau tidak berpuas hati dengan ketua menteri sabah,Datuk Seri Musa Aman yang dilihat tidak mempedulikan beliau dan parlimen Beaufort kerana disebabkan orang yang bernama Datuk Azizah.


Sebagai timbalan menteri dan juga sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO,tindakkan Datuk Lajim Ukin ini boleh dikatakan berani kerana beliau sudah mempunyai jawatan dan kedudukan yang boleh dikatakan kukuh didalam kerajaan,UMNO dan Barisan Nasional Sabah tapi kenapakah beliau begitu berani membuat keputusan sedemikian yang beliau memang maklum bahawa survival politik beliau akan hancur jatuh tersungkur dengan tindakkan yang beliau sendiri ambil?Adakah ini adalah agenda 16 september yang dicanang Datuk Seri Anwar yang dah mula nak menjadi?Walaupun ada segelintir manusia berkata "lantak la dia nak keluar UMNO,Sabah tetap fixed deposit Barisan Nasional dan rakyat sabah akan sokong kerajaan".


Ingin saya maklumkan disini,Datuk Lajim Ukin mempunyai pengaruh di Sabah lebih-lebih lagi dikawasan Beufort dan mengikut rekod pilihanraya umum yang lepas,Datuk Lajim Ukin tidak pernah tewas dengan pencabar beliau malahan majoriti undi yang diraih beliau jauh meninggalkan pencabar beliau.Untuk UMNO mempertahankan kerusi parlimen Beaufort amatlah tipis sekali dan mungkin juga akan kehilangan kerusi tersebut.Perihal Datuk Lajim Ukin ini janganlah dipandang ringan ini kerana ada ura-ura juga mengatakan beberapa kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional Sabah akan mengikut jejak langkah Datuk Lajim Ukin dan menyertai parti baru beliau.


Kepada kepimpinan Kerajaan,UMNO dan Barisan Nasional Sabah,jangan pandang ringan perkara ini dan janganlah disebabkan ingin membalas jasa seorang individu,individu lain yang kena tempiasnya.


KENANGAN DATUK LAJIM UKIN BERSAMA UMNO DAN KERAJAAN :http://mpbeaufort.blogspot.com/2011_06_01_archive.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails