My Blog List

Sunday, March 28, 2010

ADAKAH PERWAKILAN M.C.A TELAH MUAK DENGAN TEE KEAT?



  • SEBENTAR TADI TERJAWABLAH SEGALA TEKA-TEKI (SIAPA KEPIMPINAN BARU) YANG DI NANTI-NANTIKAN OLEH AHLI-AHLI M.C.A BAIK PERWAKILAN DAN JUGA AKAR UMBI.PENGUMUMAN SUDAH PUN DIBUAT KEPUTUSAN TELAH PUN MUKTAMAD,DENGAN INI DATUK SERI CHUA SOI LEK TELAH PUN DI ISYTIHARKAN SEBAGAI PRESIDEN M.C.A YANG BARU DAN DATUK SERI LIOW TIONG LAI MENJADI TIMBALAN PRESIDEN,DI IKUTI OLEH DATUK SERI NG YEN YEN,DATUK DONALD LIM SIANG CHAI,DATUK CHOR CHEE HEUNG DAN GAN PING SIEU SEBAGAI NAIB PRESIDEN.



  • DATUK SERI ONG TEE KEAT HANYA MENDAPAT UNDI SEBANYAK 578 MANAKALA DATUK SERI CHUA SOI LEK MENDAPAT UNDI SEBANYAK 901,SATU MAJORITI YANG AGAK BESAR DI ANTARA DATUK SERI CHUA SOI LEK DAN DATUK SERI ONG TEE KEAT,MANAKALA BEKAS PRESIDEN M.C.A SEBELUM INI,DATUK SERI ONG KA TING MENDAPAT UNDI SEBANYAK 833.DATUK SERI ONG TEE KEAT MENDAPAT TEMPAT KETIGA (UNDI YANG PALING SEDIKIT) DI ANTARA PEREBUTAN KERUSI PRESIDEN M.C.A.



  • APAKAH YANG MENYEBABKAN DATUK SERI ONG TEE KEAT,MENDAPAT UNDI YANG PALING SEDIKIT DIANTARA CALON-CALON PRESIDEN M.C.A YANG LAIN?SEDANGKAN SEBELUM PEMILIHAN BARU DI BUAT,BELIAU ADALAH PRESIDEN M.C.A.ADAKAH DI SEBABKAN PERWAKILA-PERWAKILAN M.C.A YANG MEWAKILI SUARA AKAR UMBI SUDAH MUAK DENGAN DATUK SERI ONG TEE KEAT YANG TIDAK DAPAT MENYELESAIKAN KRISIS DALAMAN M.C.A ITU SENDIRI?



  • DENGAN KEPIMPINAN BARU M.C.A INI,DIHARAP DAPAT MENYELESAIKAN SEGALA ISU DAN KETIDAKPUASAN HATI MASING-MASING YANG SELAMA INI BERGELUMANG DI DALAM PARTI TERBESAR KAUM CINA ITU DAN DI HARAP SELEPAS INI PARTI M.C.A DAPAT MEMPERKASAKAN PARTI DAN KEMBALI MENJADI WADAH PERJUANGAN KAUM CINA DI MALAYSIA INI.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails