My Blog List

Sunday, October 25, 2009

SIAPA YANG GANGSTER???



  • ASSALAMUALAIKUM KEPADA PARA BLOGGER DAN JUGA PEMBACA BLOG SAYA KERANA SUDAH AGAK LAMA TIDAK MENGEMAS KINI BLOG INI.TUGAS SEHARIAN MEMBATASKAN MASA SAYA UNTUK MENGEMASKINI BLOG SAYA INI.WALAUPUN MASA SAYA AGAK TERBATAS KEBELAKANGAN INI,AKAN TETAPI IANYA TIDAK MELUTURKAN SEMANGAT UNTUK BERJUANG MENEGAKKAN KEBENARAN DAN MEMBONGKAR SIKAP-SIKAP BURUK PEMIMPIN DAN JUGA PENYOKONG-PENYOKONG PAKATAN PEMBANGKANG INI.



  • SEMUA SUDAH MAKLUM TENTANG SIDANG DUN PERAK YANG AKAN DIADAKAN PADA 28 OCTOBER INI.SIDANG DUN KALI INI ADALAH UNTUK MEMBENTANGKAN BELANJAWAN KERAJAAN NEGERI PADA TAHUN HADAPAN.SEPERTI YANG SUDAH BERLAKU SEBELUM INI,SIDANG DUN PERAK YANG PERTAMA YANG DI KENDALIKAN OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL BERLAKU KEKECOHAN.KEKECOHAN ITU BERLAKU AKIBAT KETIDAKPUASAN HATI PIHAK PAKATAN PEMBANGKANG KERANA MEREKA TIDAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN YANG MEREKA SUDAH TIDAK LAGI MENTADBIR KERAJAAN NEGERI LAGI.



  • BARU-BARU INI DATUK SERI NIZAR (BEKAS MENTERI BESAR PERAK) ADA MEMBUAT KENYATAAN YANG MEMBURUK-BURUKKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL PERAK.KATA BELIAU PIHAK KERAJAAN BARISAN NASIONAL TELAH MENGUPAH BEBERAPA ORANG GANGSTER UNTUK MENGAWAL DAN MENJADI BENTARA DEWAN RAKYAT PADA SIDANG DUN YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 28 OCTOBER ITU NANTI.KENYATAAN DAN TUDUHAN YANG DI KELUARKAN OLEH DATUK SERI NIZAR ITU TERNAYATA TIDAK BERASAS KERANA BARISAN NASIONAL ADALAH KERAJAAN DI PERAK,BUAT APA MEREKA MAHU MENGUPAH GANGSTER UNTUK MENGAWAL PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG DAN SEMASA PAKATAN PEMBANGKANG MENTADBIR KERAJAAN NEGERI DAHULU,TIDAK ADA PEMIMPIN BARISAN NASIONAL YANG BERTINDAK LIAR DAN GANGSTER.



  • SEMASA KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG TUMBANG DI PERAK,PEMIMPIN SERTA PENYOKONG PAKATAN PEMBANGKANG (PAS) BERTINADAK LIAR SEPERTI GANGSTER SEHINGGA SANGGUP MEMBALING BATU KE ARAH KENDERAAN SULTAN PERAK DAN SEMASA KEKECOHAN SIDANG DUN ITU,PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG BERTINDAK DENGAN KASAR SEOLAH-OLAH SEPERTI GANGSTER.MEREKA MEMBALING ADUN-ADUN BARISAN NASIONAL DENGAN BUKU UNDANG-UNDANG DUN,MEROSAKKAN PEMBESAR SUARA DI TEMPAT DUDUK PIHAK KERAJAAN NEGERI,MEMAKI HAMUN DAN MENGELUARKAN PERKATAAN-PERKATAAN YANG TIDAK SEPATUTNYA DI KELUARKAN DI DALAM DEWAN YANG MULIA ITU.



  • SEKARANG SUDAH TERANG SIAPA YANG SEBENARNYA GANGSTER,JANGANLAH PIHAK PAKATAN PEMBANGKANG MEMBURUK-BURUKKAN KERAJAAN NEGERI BARISAN NASIONAL DAN MENUDUH KERAJAAN BARISAN NASIONAL DI PERAK YANG BUKAN-BUKAN,RAKYAT DI PERAK DAN SELURUH MALAYSIA SUDAH MUAK DAN TIDAK PERCAYA DENGAN KENYATAAN DAN JUGA TUDUHAN YANG DI KELUARKAN DARI PAKATAN PEMBANGKANG INI.

1 comment:

  1. yang nie i paham.. hehehe maka saya akan ome yang nie k.. walaupun yang sblum2 nie ada niat nak komen..tapi tak tau nak tulis appa.. ermm.. kalau belum menguasai Malaysia da tunjuk perangai macam nie.. boleh dipercayai ke nak jadi pemimpin? :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails