My Blog List

Sunday, September 13, 2009

TOLONG LAH TUN MAHATHIR!



  • TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD,BAPA PERMODENAN ADALAH MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG AMAT DI SANJUNG TINGGI KERANA USAHA BELIAU MEMAJUKAN DAN MEMARTABATKAN NAMA MALAYSIA DI MATA DUNIA.TUN DR MAHATHIR JUGALAH PERDANA MENTERI YANG PALING LAMA DUDUK DI KERUSI PERDANA MENTERI IAITU SELAMA 22 TAHUN.



  • SELURUH DUNIA MEMUJI TUN DR MAHATHIR KERANA KEPIMPINAN DAN JUGA PERUBAHAN YANG DI LAKUKAN OLEH BELIAU TERHADAP MALAYSIA SERTA RAKYAT JELATA.SEMASA PEMERINTAHAN TUN DR MAHATHIR,MALAYSIA MEMBANGUN BEGITU PESAT SEKALI KEARAH PERMODENAN.MALAYSIA DI LIHAT TERUS MELANGKAH KE HADAPAN TANPA MENOLEH KE BELAKANG LAGI.



  • TUN DR MAHATHIR SELAKU PRESIDEN UMNO KETIKA ITU,AKAN MEMBIDAS DENGAN LANTANG KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MENGUTUK DAN MELEMAHKAN SEMANGAT JUANG UMNO.TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG BERANI MENGUTUK DAN JUGA MELEMAHKAN SEMANGAT JUANG UMNO SECARA TERANG-TERANGAN PADA WAKTU ITU.



  • AKAN TETAPI PADA HARI,TUN MAHATHIR SUDAH BERUBAH.BELIAU SELALU MENGUTUK SERTA MELEMAHKAN SEMANGAT JUANG UMNO SECARA TERBUKA,CONTOHNYA SEPERTI KENYATAAN BELIAU BARU-BARU INI YANG MANGATAKAN UMNO DAN JUGA BARISAN NASIONAL AKAN TUMBANG SEPERTI PARTI LIBERAL DEMOKRATIK JEPUN (L.D.P) YANG MENGALAMI KEKALAHAN TERUK PADA PILIHANRAYA UMUM JEPUN BARU-BARU INI.



  • SELAKU SESEORANG YANG DISANJUNG TINGGI OLEH RAKYAT SERTA AHLI-AHLI UMNO DAN JUGA PENYOKONG BARISAN NASIONAL,BELIAU TIDAK PATUT MEGELUARKAN KENYATAAN YANG BOLEH MELEMAHKAN SEMANGAT JUANG UMNO.DI DALAM UMNO DAN JUGA BARISAN NASIONAL SEDANG BERUSAHA GIGIH UNTUK MEMPERKUATKAN PARTI SERTA MAHU MERAIH SOKONGAN RAKYAT KEMBALI,TUN DR MAHATHIR HARUS MEMBERI KATA-KATA SEMANGAT DAN JUGA PERANGSANG KEPADA AHLI-AHLI UMNO DAN PENYOKONG BARISAN NASIONAL.



  • SAYA YANG JUGA MENGANGGAP TUN DR MAHATHIR SEBAGAI PEMERINTAH YANG UNGGUL,BERHARAP TUN DR MAHATHIR TIDAK LAGI MEGELUARKAN KENYATAAN-KENYATAAN YANG BOLEH MELEMAHKAN SEMANGAT JUANG UMNO SERTA BARISAN NASIONAL.SEBAGAI SEORANG MANTAN PERDANA MENTERI DAN JUGA MANTAN KEPADA PRESIDEN UMNO,SAYA AMAT BERHARAP TUN DR MAHATHIR DAPAT SAMA-SAMA MEMBANTU UMNO SERTA BARISAN NASIONAL MEMPERKUKUHKAN PARTI DAN SEKALIGUS DAPAT MERAIH SOKONGAN RAKYAT KEMBALI.

3 comments:

  1. Salam ziarah,

    1. Secara peribadi, saya melihat kenyataan Tun M merupakan suatu cabaran kepada UMNO dan orang Melayu khususnya. Kenyataan Tun M pada hemah saya adalah berdasarkan situasi yang kita semua hadapi samada dari kekalutan politik, perpecahan orang Melayu dsbnya.

    2. Oleh hal yang demikian, sekiranya kita semua orang Melayu terus leka dan alpa terutama didalam mengekalkan kuasa politik, tidak mustahil apa yang dinyatakan oleh Tun M itu akan menjadi kenyataan. Dan, pada ketika itu, it's game over man....

    Salam Perjuangan

    ReplyDelete
  2. salam

    Jika kita apa yang diucapkan Tun ada kemungkinan terjadi kerana jelas UMNO & BN pada hari ini semakin jauh dengan rakyat jika mahu menang pilihnaraya ke-13 nanti pemimpin UMNO & BN seharusnya berkerja dengan lebih kuat lagi demi kepentingan semua.

    Jelas menunjukkan apabila UMNO (Orang Melayu sudah tidak menjadi kuat, maka semakin banyak pihak cuba mencabar Melayu..maka sama-sama kita fikirkan demi kemajuan umat Melayu Islam

    ReplyDelete
  3. AKUM> Kepada orang melayu yang dikasihi semoga anda semua tiada dalam fikran jumud dan buka minda jangan takut kepada perubahan RAKYAT kerana adalah penentu segalan nya. Jika kamu ada semangat juang yang tinggi ikhlas kerana ALLAH kenapa mesti takut dengan kenyataan TDM anggap itu sebagai ramuan yang akan membuka minda kamu semua pejuang nasionalis. Kenapa mesti gelabah TDM mengeluarkan pendapat yang ikhlas untuk difikirkan dan cari jalan yang betul supaya perjuangan tidak menyimpang antara niat dan tujuan. UMNO semangkin jauh dengan rakyat kerana sikap kepimpinan nya tidak boleh diterima lagi pada masa ini dan sentiasa bercakap takabur lihat diselangor seolah-olah mereka berkuasa dengan mencapuri urusan kerajaan negeri sedangkan semasa BN/UMNO berkuasa tidak ada orang pun nak pertikaikan apa yang dia buat fikirkanlah semangkin anda mencapuri urusan orang lain selagi itulah UMNO/BN dibenci. Buatlah kerja kamu jangan buat kecoh jika kerja kamu itu ikhlas pasti kebaikan akan kelihatan. Saya meninjau dikampong saya diparit 2 sunagai burong dulu memang rakayat kat situ suka dengan DATO NOH OMAR tapi sekarang rakyat menyampah kalau tidak dijaga kerusi tg karang pasti akan terlepas keparti PAS semasa majlis perkahwinan anak DATO NOH OMAR pun dah ada oarang bercakap besar nya buat kenduri macam nak menunjuk-nunjuk sahaja lagi teruk duit dari mana ya itulah cakap-cakap rakyat kemewahan terserlah inilah penyakit pemimpin UMNO suka promosi kekayaan mereka. Pada masa ini rakyat sudah tahu menilai mana yang baik mana yang tidak mereka inginkan kejujuran keikhlasan jika rakyat dikawasan melayu sudah mula menerima DAP apa makna nya tapi apa ulasan pemimpin UMNO kata perkara itu tidak membimbangkan sepatutnya pemimpin UMNO buka minda kenapa ini terjadi adakah orang melayu mula memberi protes awal sebelum PRU 13 kena ambil ikhtibar dari apa yang berlaku ini tidak masih selesa lagi.Apa yang berlaku ditempat lain adalah tidak mustahil ia berlaku dikawasan kita kerana itu lumrah politik semasa kerana yang menjadi penentu ialah rakyat bukan pemimpin. Itulah yang saya dapat simpulkan pada kali ini cuma saya harap kamu fikirkan baik-baik dan bermuasabah diri diakhir-akhir ramadhan semoga ada cahaya keinsafan agar kita semua diberi petunjuk oleh ALLAH yang berkuasa diatas segalanya. YANG BENAR DATANG DARI ALLAH YANG JAHIL ITU ADALAH KELEMAHAN SAYA. WSLM

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails